Wednesday, August 26, 2009

Apa Itu Bulan RAMADaN ?


Ramadan ertinya panas terik

* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)


Kelebihan Bulan Ramadhan

* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan
tutup sahur dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

* Kepada Orang Tua yang lemah
* Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
* ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar

* Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
* Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Bersihkan badan / mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran


NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik


Cara Menyambut Idul Fitri

Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu
dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya

Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik
bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.

*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....

Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.

Wallahu a ' lam.
Sejarah Ramadan



Monday, August 24, 2009

Bersahur Cara Rasulullah


oleh : Mohd Yaakub Mohd YunuS

SUMBER:AL-KHAADEM

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat

keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu

terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam

ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur

itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab,

menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang

timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta

saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan

memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa

sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah

puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w:

Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah

makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan

rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan

sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun

dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :

Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya

meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya

Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” -

Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan

solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:

Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan

azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar

sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak

membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi

Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga

terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya

siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian

sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:

“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk

mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.

Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana

waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar

waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit

sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat.

Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kirakira

(membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah

sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak

lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis

tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda

makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan

waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi

s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.


Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai

bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang

itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan

kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal

maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan

keletihan pada siang harinya.

Sunday, August 23, 2009

Kisah Nabi: Perbezaan Semut & Manusia


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .



Monday, August 10, 2009

Hikmah 5 Jari di tangan manusia


Setiap manusia mempunyai 5 jari...Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.
Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya
dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah…..begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam………



Sunday, August 9, 2009

Kajian Mengenai MANDI


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya :

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya
selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wednesday, August 5, 2009

Bumi Tak Pernah Diam



Teori Alfred Wagener mengatakan bahawa kerak bumi ini selalu bergerak
dan bergerak. Seperti rakit umpamaannya. Salah satu argumen terkuat Wagener
adalah bahawa, kedua bentuk garis pantai sebelah menyebelah Samudera Atlantik
Selatan (Amerika dan Afrika Selatan)dapat dicocokkan. Keadaan geologi daerah
yang terletak sebelah menyebelah samudra Atlantik dapat diikuti dan
dikorelasikan dari pantai yang satu ke pantai di seberang samudra.
Kenyataan ini membuat Wagener membuat kira-kira bahawa pada masa yang silam
sekitar 200 juta tahun yang lalu di Bumi ini hanya terdapat satu daratan
yang luas yang menjadi asal semua daratan yang terdapat di Bumi pada saat
ini. Daratan itu disebut Pangaea. Pada masa itu daratan Afrika dan Amerika
Selatan masih menjadi satu. Sedangkan Amerika Utara menjadi satu
dengan daratan Eropah / Asia yang terletak di sebelah utara Bumi, dan di
sebelah Selatannya adalah daratan Afrika dan Antartika. Benua Australia
masih melekat menjadi satu dengan Antartika. Yang istimewa pula, ialah
daratan yang kemudian dikenal sebagai India, letaknya masih jauh dari Asia
tetapi dekat dengan Antartika.

Dua puluh juta tahun kemudian terjadi suatu peristiwa dan perubahan
dahsyat yang menyebabkan daratan retak membentuk bahagian-bahagian lepas yang
bergerak sendiri saling menjauhi. Peta Bumi pun berubah. Daratan terpecah
menjadi dua bagian besar, yang di sebelah Selatan disebut Gondwana,
sedangkan yang di sebelah Utara disebut Laurasia. Daratan yang kini menjadi
Eropah / Asia bergeser ke arah Utara. Amerika Selatan yang semula menjadi satu
dengan Afrika dan Amerika Utara satu dengan Eropa mulai lepas dan berjalan
ke arah Barat.

Perubahan yang jauh lebih besar lagi ialah yang terjadi pada 180 juta
tahun berikutnya, yakni perubahan yang membentuk wajah Bumi seperti sekarang
ini. Amerika Utara dan Selatan bertemu dan menjadi satu daratan yang lepas
dari Eropah dan Afrika. Bersamaan dengan itu lahir pulalah Laut Atlantik.
India yang berjalan terus ke Utara setelah menempuh jarak 9.000 kilometer,
akhirnya bertemu dan menjadi satu dengan daratan Asia. Peristiwa
penggabungannya melahirkan juga Pegunungan Himalaya yang dikenal sebagai
atap dunia. Begitu pula halnya dengan daratan Australia yang semakin
menjauhi Antartika dan sebaliknya semakin mendekati Asia. Dengan terjadinya
pergeseran itu, Lahirlah Samudra Indonesia dan Laut Tengah. Daratan Eropah
dan Asia tetap satu. Afrika yang terpecah sedikit bagian timurnya melahirkan
pulau Madagaskar. Sedangkan Antartika kelihatannya tidak bergerak dari
tempatnya.

Pendapat Wagener yang mengandaikan Bumi seolah bergerak di atas ban
berjalan disokong kemudian oleh teori-teori baru yang dikenal dengan
tektonik lempeng. Permukaan Bumi terdiri dari beberapa lempeng besar
berukuran benua, masing-masing terdiri dari bahagian oseanis dan kontinental
yang bergerak relatif satu terhadap yang lain, tebal tiap lempeng kira-kira
80 kilometer. Kecepatan gerak relatif lempeng-lempeng ini berkisar antara 1
sampai 13 sentimeter per tahun. Lempeng ini dapat bergerak karena adanya
panas interior Bumi yang menyebabkan arus konvensi yang di permukaan
terlihat sebagai perpindahan horisontal.

Litosfera yang terdiri dari kulit luar yang lebih dingin, kuat, dan
tegar dengan ketebalan berkisar antara 80 sampai 100 kilometer menyelubungi
bahagian dalam bumi yang bersifat lebih panas, lembek, dan cair liat.
Litosfera yang baru itu dibentuk di bawah punggungan tengah samudra, tempat
zat-zat panas dari mantel naik dari dalam menuju permukaan bumi. Bahan-bahan
ini menyebar dan mendingin, bergerak ke samping dan proses berikutnya adalah
penghancuran litosfera oseanis yang lebih tua, lebih dingin, dan padat di
zona-zona subduksi pada waktu bahan-bahan ini menukik dan tenggelam kembali
ke dalam mantel.

Litosfera oseanis yang merupakan hampir 70 alas muka bumi merupakan
bagian atas yang dingin dari arus konveksi. Litosfera ini mendingin,
mengerut menjadi tebal dan mengalami penurunan sambil bergerak ke samping
menuju ke zona-zona subduksi. Sedangkan benua atau kontinen merupakan
segregasi kimia yang dihasilkan oleh fraksinasi mantel, mengalami erosi
sampai pada batas muka laut dan membeku di atas litosfera. Dan sebagai
blok-blok massif kontinen-kontinen ini diangkut oleh "ban berjalan",
kemudian dipecah belah oleh gerak-gerak tarikan dan bergerak ke berbagai
jurusan.

Atas dasar itu kemudian diduga orang bahwa besar kemungkinan di
masa-masa datang benua Antartika tetap di tempatnya sekarang, tapi mungkin
berputar-putar seperti jarum jam. Laut Atlantik dan Lautan Indonesia akan
berkembang semakin luas. Daratan Australia akan bergerak semakin ke Utara.
Sedangkan Afrika akan kehilangan kepingannya untuk membentuk
Madagaskar-Madagask ar baru. Sebagian dari California akan terlepas dan
berjalan ke arah barat laut. Los Angeles akan tenggelam. Sedangkan kepulauan
Nusantara akan terjepit karena pergerakan Benua Australia ke arah Utara dan
bukan tidak mungkin akan menabrak Benua Asia.

Demikianlah Bumi bergerak dan bergerak terus, seperti yang disabdakan
Allah :

"Dan Engkau lihat gunung-gunung itu, engkau sangka gunung-gunung itu diam
ditempatnya, padahal gunung-gunung itu berjalan seperti jalannya awan."( QS.
An Naml ayat : 88 ).

"Dan gunung benar-benar berjalan" ( QS. Ath Thuur ayat : 10 ).


Kisah Seorang Kakak



Assalamualaikum. ..
>
> Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
> Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan
> anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
>
> Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia
> meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan
> panjang sedepa di tangan ayah.
>
> "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
>
> Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
> kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
>
> "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat
> tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
>
> Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
> sambil berkata, "Saya yang ambil!"
>
> Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
> hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah
> kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik
> tak tumpah.
>
> Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
>
> "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
> kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
>
> Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
> berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.
> Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
>
> Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang
> takut berkata benar.
>
> Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
> berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
>
> Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
>
> Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
> bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah
> berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
> pra-universiti.
>
> Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
> ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang
> dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
>
> "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
>
> "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
>
> Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
> "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
>
> Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
> wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
>
> Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu
> aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
>
> "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
> kamu, ayah akan lakukan!"
>
> "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
> keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
> minyak pada pipinya yang bengkak.
>
> "Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
>
> Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa
> bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat
> dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
>
> "Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja
> dan akan kirim wang buat akak."
>
> Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup
> kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
>
> Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda
> kampung tunggu kau kat luar!"
>
> "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
>
> Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan
> pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang
> kampung, sebutlah adik yang datang!"
>
> Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang
> akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
>
> Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup
> tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
> bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
>
> Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa
> orang lain kata."
>
> Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia
> mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis
> pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
>
> Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
> dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
>
> Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku
> lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
>
> "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
>
> "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
>
> Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
>
> "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
>
> "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
> serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
>
> Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
> keras."
>
> Apalagi...aku menangis seperti selalu.
>
> Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
> menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
>
> "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
>
> "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
> ada."
>
> "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
>
> "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
> kesedihannya.
>
> Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
> tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara
> majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
>
> Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
> menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..
>
> "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
> sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai
> kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia
> berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah
> sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
>
> "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja
> demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai
> bila-bila."
>
> Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
> sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
>
>
>
> Ya Allah Ya Tuhanku....aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...



Custom Search