JOHANNESBURG: Mesir melakukan kejutan terbesar apabila menumpaskan bekas juara dunia Itali 1-0 pada perlawanan Piala Konfederasi Fifa, awal pagi tadi.
Mohamed Homos menjadi hero Mesir apabila tandukannya pada minit ke-40 sudah cukup untuk mengaibkan Itali di depan 51,000 penonton sendiri.
Bagimanapun Mesir seharusnya berterima kasih kepada penjaga golnya, Essam al-Hadary menyelamatkan banyak percubaan bahaya lawan.
Dengan kemenangan itu, Mesir dan Itali kini berkongsi tiga mata dalam Kumpulan B.
Mesir akan bertemu Amerika Syarikat Ahad ini manakala Itali bertemu Brazil yang kini menang kedua-dua perlawanannya.
Jurulatih Mesir, Hassan Shehata sebelum perlawanan berkata maruah pasukan Afrika kini berada di tangannya selepas memberi saingan sengit bertemu Brazil sebelum ini.
by : bharian.com.my
No comments:
Post a Comment